Thursday, June 5, 2014

Seketul Daging bernama Hati

Untuk mendapatkan HATI yang sihat dan ikhlas memang sukar di zaman ini. Ramai manusia mempunyai penyakit hati. 

Disebabkan itu menurut hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abi Abdillah An Nu'man bin Banyir, Rasulullah s.a.w berkata

"Ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia itu terdapat seketul daging, apabila elok dan sempurna daging itu maka akan elok dan sempurnalah seluruh tubuhnya. Tetapi jika daging itu rosak, akan rosaklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah daging yang dimaksudkan itu ialah hati."

Contoh penyakit hati:

sombong
angkuh
berdendam
berdengki
takbur
iri hati
bakhil
kedekut
tamak
haloba..banyak lagi
tetapi yang paling serius... Syirik.

Semoga dijauhkan Allah daripada Penyakit hati ini.

Nota: Bentuk hati manusia sebenarnya bukan berbentu Love or Heart Shape ;-D